Sunday, April 24, 2011

Teknologi dalam Kehidupan Kita

 
Tandas yang menghasilkan air kumbahan perlu diurus dengan baik.

Pengurusan air kumbahan yang baik dan teratur perlulah dilaksanakan agar persekitaran kita menjadi bersih dan bebas daripada pelbagai jenis penyakit. Kegagalan kita untuk mengurus sisa kumbahan akan menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membersihkan persekitaran dan juga mengawal pelbagai penyakit. Selain itu, negara juga akan mengalami kerugian besar dalam sekto pelancongan apabila ramai pelancong asing tidak datang ke negara kita.

Rawatan air kumbahan perlu untuk elak pencemaran alam
Rawatan air kumbahan merupakan salah satu langkah bijak pihak bertanggungjawab dalam seruan kerajaan dalam menangani situasi ini. Dalam kaedah ini, air kumbahan dari rumah, flat dan bangunan kediaman lain akan dirawat sebelum dilepaskan.Semasa air kumbahan ini di loji rawatan, beberapa proses akan dilakukan agar pelepasannya ke luar loji rawatan tidak menimbulkan masalah. Najis akan diproses agar menjadi sisa buangaan yang tidak berbahaya kepada tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan lain apabila dibebaskan dari loji rawatan air kumbahan.

Rawatan air kumbahan yang begitu sahaja telah menarik perhatian golongan penyelidik dan IPTA agar melakukan kajian atau alternatif lain dalam pengurusan sisa buangaan ini. Hasrat negara untuk sisa buangaan sifar kini semakin tercapai apabila terdapat universiti tempatan melakukan penyelidikan dan kajin dalam bidang ini. Kejayaan universiti Malaysia Pahang (UMP) memperkenalkan teknologi hijau ke arah sisa buangaan sifar melalui aplikasi tumbuhan hijau ataupun penanaman tumbuhan hijau pada kolam loji rawatan merupakan satu lagkah bijak. Phytogreen iaitu rawatan air kumbahan menerusi penggunaan tumbuhan hijau
bagi mengolah dan menghapuskan bahan cemar. antara pokok yang boleh digunakan dalam kaedah phytogreen ini ialah keladi senduk, kiambang dan juga selinsing.

Salah satu tumbuhan yang boleh digunakan dalam rawatan air kumbahan
Teknologi phytrogreen bukan sahaja efektif ......to be continued.